I'm just a simple person who hides a thousand feelings behind the happiest smile and I choose to be happy.I need a friends ᶫᵒᵛᵉᵧₒᵤ not haters ᶠᶸᶜᵏᵧₒᵤ

Monday, May 20, 2013

Malang ke Bertuah??

Assalammualaikum dan selamat sejahtera..
hari ni hari isnin dan bermulalah kembali tugas aku sebagai seorang pelajar yang bajet berwibawa.
Buat pertama kalinya hari ni aku bangun awal untuk ke sekolah.pukul 6 pagi lagi aku dah bangun.
makl
So macam biasa lah.gosok baju mandi breakfest dan pegi sekolah.
masa perhimpunan tadi dengan bangganya lah aku pergi kat stage perhimpunan sebab nak jawab soalan C.Razak "apa misi sekolah?"
dengan rasa yang sungguh bangga kerana berani ke hadapan aku jawab lah soalan C.Razak tu.
yes..aku betul dan C.Razak cakap rehat nanti pegi bilik dia ambik voucer makan RM5.

Disebabkan hari ni hari isnin,so tibelah giliran aku untuk menyapu kelas..
shitt..benda ni lah yang paling aku menyampah.bukannya menyampah sebab malas tapi menyampah dengan akibatnya.dah sudah menyapu mulalah aku bersin bersin.

Tak lama lepas tu pon start lah exam seni.Cikgu syukri yang jaga masa exam tu.punyalah bangga aku cakap ngan cikgu kelas kitorang dinobatkan sebagai kelas yang paling bersih dan terceria pada minggu lepas..
fuhhhh..ini lah kali pertama kitorang menang tau..bapaklah bangga tahap menara eiffel.

haaa..masa exam ni lah kemalangan malang telah menimpa aku.tengah syok syok mewarna tetibe je air botol aku tertumpah.tak tau lah camne bleh tertumpah.bapaklah geram eh..
habis exam kitorang pon turun rehat.

hari ni turn aku belanja yani air kat kantin..
dengan bangganya lah pegilah beli air sampai 2 bungkus konon nya karang cikgu razak nak gantikan balik..konon nya lah..
tapi malangnya masa kitorang tengah syok syok makan dengan banyak nya(maklumlah dah lama tak turun kantin) tetibe air kedua dua nya sekali tumpah kat baju aku.pehh.seperti kene kejutan elektrik aku terus menjerit..
serious malu masa ni.bukan malu sebab air tumpah tapi malu sebab menjerit kuat sangat.

dengan rasa menahan malunya tu kitorang pegi lah bilik cikgu razak nak tuntut voucer yang dijanjikan..
hampeh punya ajak..tak de dia kat pejabat..4 kali aku gi try tengok.tetap gak tak de..memang nak kene ni..

aku pon masuklah kelas dan teruskan ujian pendidikan jasmani.
bapaklah ngantuk..mana tak nya.time rehat tadi bapaklah banyak aku,yani dan amel ,makan..
main bulat-bulat je jawapan.pastu masing masing semua berlumba nak tido.

habis ujian PJK,ujian sivik pulak..time ni lagi best..
habis je terus tido balik.tapi malangnya sekali lagi cikgu syukri yang jaga dan dia mulalah nak buat  perangai dia tu..apa lagi,dia mulalah merakam aksi aksi hodoh kitorang masa tido..ishh..malu tahap gaban ar masa tu..
habis exam kitorang pon happy lah..maklumlah..esok dh be;ajar ikut jadual anjal..

time ni memang kemuncak kepada segala kegembiraan lah..kitorang mengutuk luqman hakim sebab nama panggilan dia memang lawak ar.habis kutuk oman kutuk syafiq azmi pulak..
memang terkoyak lah mulut gelak sebab time ni puput pun join skali.
memang hodoh tahap cipan lah bila puput tiru aksi syafiq azmi,.

huh..kalau nak cite sampai esok pon tak habis lagi..
so bye..muahh kiri muahh kanan..leb u..

Sunday, May 19, 2013

Showdown 2013

Assalammualaikum dan salam satu Malaysia..sedap jugak kan bagi salam satu malaysia*merepek kejap*
wah wah wah wah dan wah..showdown untuk tahun ke-3..
erghh..geram nye ngan starter dia.bapaklah tak best..
rasa macam nak terajang je tv bapak aku ni.nasib baik keperempuanan ku menghalang ku..cehh..

Tapi bila sampai je Leggo Crew, memang the boom ar..best ar jugak diorang.paling best diorang ada sorang ahli yang chubby..haha..dia macam bangga gila tahap tinggi dan kepopularan menara eiffel tau..
lawak je chubby sorang ni..ape dar..walaupon tahun ni diorang baru masuk,tapi best.

Akhir skali pulak Walawei yang sememangnya dah hot tu lah..tak heran lah kenapa masing-masing dok bising macam tungau buntut gajah kan..diorang still tak berubah macam tahun lepas..just berkurang satu ahli dan dan dan diorang bertambah best lah..
haha..tak bleh bla bila maple loo puji diorang dah matured dan makin handsome..kahkah..itu fakta yang semua orang tahu lah..dan rasanya maple tak perlu mention kot..sian kat gropu lain..kompem tacing tahap sembilu kasih kan..
sian sian sian..

Yang penting kat sini dedua terpilih..hope you guys do the best kayh..
go leggo and walawei..
but sorry..aku hanya akan undi masa final je..mane lah tau kn..
macam tahun lepas..tak sangka elecoldxhot bleh menang..tak sia-sia aku dok undi tetiap minggu..
tapi tahun ni rase macam malas plak nak undi awal-awal..maklumlah,kedit skang mahal..kahkah..

ok ok..do the best kayh..bye bye..gtg..esok skolah ar gembeng..

Terharu lah gila

fuhh...serious terharu..apsal kau buat entri terharu tahap gaban ha mad?

Assalammualaikum..
hari ni aku agak free lah jugak untuk stalk orang-orang yang aku rase berminat nak stalk.
so aku sign in twitter and then ask.fm..
masa kat twitter tu kira biasa-biasa je sebab just stalk "lesung"..
agak tak best.so, aku pi ask.fm.. dan di sini aku terjumpa profile sorang mamat ni..
rase macam memanggil-manggil aku tok stalk die..
apa lagi..aku ikut je lah kata hati ku yang masa tu tengah gaduh ngan perut sebab lapar.

Di sini lah bermulalanya kisah pengembaraan aku untuk tahu lebih lanjut kisah hidup dia.err..sebenarnya bukanlah pengembaraan..mane ade orang mengembara kat alam maya kn..
memula aku just bace answer dia yang agak merangsang minat aku untuk pergi ke blog dia pulak.
so,jari jemari ku pergi lah klik link yang dia kasi tu..
pehh..baru bace intro je pon dah bedebar debar.

Alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan kan..
aku menerus kan membaca kisah persahabatan dia ngan sorang stalker ni..
kisah persahabatan diorang memang hebat..seriously aku tabik spring ar kat dia.
di setiap kesedihan diorang pasti ada kegembiraan..yang paling best nye diorang ni lelaki..
tak sangka aku seorang budak lelaki yang dah matured boleh bersahabat baik gila babeng ngan sorang budak lelaki yang juga dah matured dengan penuh kasih sayang..
diorang tak pernah jumpa,tak pernah face to face dan tak pernah kenal sebelom ni..
tapi yang peliknya persahabatan diorang penuh dengan kenangan manis..
gurauan berada dimana mana sahaja..
kepercayan antara satu sama lain sungguh hebat..
mungkin inilah yang dikatan persahabatan yang bersandarkan keikhlasan hati..

biasalah kan hidup sebagai seorang stalker..lama kelamaan persahabatan diorang teruji..
emel si mad ni kene hembus dengan sorang anon ni yang menyampaikan ketidakpuasan hatinya.
so agaknya mad sudah mula emo dan dia mengorak langkah yang bagus tetapi agak menyedihkan..
dia tinggalkan segala-galanya..dia tinggal kan kawan-kawan nya tanpa sebarang jejak pon..
tapi disebabkan kepercayaan dia pada kawan dia tu. dia tinggalkan pesanan yang amat menyentuh hati

mamat ni jugak selitkan janji mad pada entri die..janji mad yang akan buat slash mop bila dah balik malaysia ni.
bayangkan lah,mad ni merantau ke negeri orang untuk belajar dan sanggup tanya perkembangan politik kepada mamat..
lihatlah betapa cintanya dia kepada tanah air.

banyak lagi sebenarnya yang menyentuh persaan tentang diorang ni.
oklah..nanti bella sambung ye

Friday, May 17, 2013

such a bitch

huh..this is really,really bad thing..
i hate him..because him all my silly fame hate me..
hey..please don't enter my fame kayh..
i will always hate you and will never like you even you enter my fame for a thousand years.
what is fame??i cant to mention the meaning cause the FAME gonna read this post..
and i dont want they know about this..
it enough i and only god know it..

i really,really hope this is just a bad dream..
sad life always beside me..

Saya PAS

PAS for all..haha..
sakainya.malam ni aku tido ngan baju PAS sebab semua baju tido aku lupa masukkan dalam washing machine..
haish..tapi seriously baju ni selesa sangat..terasa macam baju mahal lah pulak..padahal baju free je kot..
terasa bangga apabila menjadi penyokong PAS..haha..
macam tak da motif je nak bangga kan..
ok lah..good nite..

Richard??

kenapa dengan dia? ok..dia baik,dia peramah dan dia comel..
kawan baru yang memang really nice but pelik sangat sebab dia lawak..
dia orang sarawak dan yang lawak nya di sini apabila dia cuba belajar untuk berdialog dalam bahasa Negeri Sembilan..kahkah..
habis semua ayat dia nak telah huruf "O"..Chard ni memang pandai menyesuaikan diri..
kitorang partner spam budak kat insta?? ntah lah..tapi nampak nya its gonna be a good game...
first time borak dia telah buat nabila rasa pelik lah..sebab dia satu-satunya orang  yang panggil nabila dengan panggilan NAB..
NAB singkatan daripada NABILA lah kan...tapi aku agak ganjil sikit ngan panggilan ni.
so,dia jadi normal macam orang lain..panggil aku dengan panggilan BELLA..

Dia shapahollic kayh..err...jeles nya sebab esok dia dapat jalan-jalan..dan aku??huh..
still melayan hati yang lara lah..

Dia setahun lebih tua dari aku..tapi otak kitorang sama..
dan yang paling penting kitorang sama-sama penyokong PKR..
haha..dengan selamba taik nye lah kitorang menumpat BN kat moments we chat..
ha..time ni rasa bangga..masa kitorang tengah kutok tetibe ewan datang menyelit cakap dia sokong BN..
haha..1 lawan 2 kompem lah 2 menang kan..
so,kali ni aku menang fight ngan ewan..yey..
and paling best dia dah stop panggil aku "gigi welding"..

papepon semoga kita semua happy selalu..
salam ukhuwah untuk semua..

Selamat Hari Guru

Gwiyomi with Teacher Suet
Assalammualaikum terlebih dahulu..cehh..
ok..let we start a really,really good news for today..

Semperna hari guru yang ke-48,kitorang sambut bapaklah riang dan happy nye..
tahun ni tahun terakhir Teacher Suet di sekolah S.M.K.T.H.
so,teacher bapaklah bersemangat ajak kitorang posing bebanyak..tak cukup atas pentas,belakang pentas pon jadi lah..
rasenya penuh iphone teacher ngan gamba kitorang berlima..tau tau je lah yang aku ni pantang jumpa camera..
tapi rasanya gwiyomi tak berapa nak menjadi lah..
maklomlah,baru setahun jagung..kahkah..
yang penting happy gila masa ni..

Sebenarnya hari ni bermula dengan cara yang tak berapa nak bagus lah..
aku TERLAMBAT bangun tido,tergesa-gesa mandi dan paling malang aku tertinggal camera..
menyampah kuasa sepuluh betullah..

bila sampai je sekolah macam biasa lah..yani,puput dan jing ni yang menunggu aku dan bukannya aku yang menunggu dia..
ni sume sebab aku suka bangun pagi lambat dan mak kalau drive pepagi tak de feel sampai drive punya lah lembab..haishh..
masa tengah syok-syok borak baru lah kitorang teringat yang hadiah tok kelas kitorang yang kitorang balut semalam tertinggal kat atas kelas lagi..
so apa lagi..dengan tergesa-gesa kitorang berempat pegilah mendaki  tangga untuk ambik hadiah tu..

bila turun je tangga tengok-tengok perarakan dah start..
dengan rasa yang confident,bangga dan tak tau malu..kitorang main join je pasukan kompang tu..bajet macam kitorang plak yang main kompang..

bila perarakan habis mulalah acara di perhimpunan..
paling best yang part Cikgu Razak menyanyi lagu hari guru..suara dia tak bleh blaa tol lh..
sampai turun hujan..tapi masa tu tak lebat sangat lagi lah..
bila pengetua start je berucap,hujan pon jadi makin lebat..
paling lawak yang budak-budak form1 sume membentuk satu atap yang bapaklah hodoh guna beg masing-masing..
so Cikgu Razak suruh kitorang pindah pegi dewan..
bila sampai je kat dewan pengetua pon sambung lah balik ucapan dia..
ha..time ni budak SMKTH tunjuk KEHEBATAN MENTAFSIR diorang..
kata-kata manis pengetua yang diorang telah tafsirkan dengan cemerlang nya itu adalah "anak-anak,sabar ye..sekejap lagi kita MAIN SESAMA ye"..kahkah..
satu dewan tergelak..aku pon kompem lah tergelak..agaknya budak form1 je kot yang tak tergelak..

masa ni hujan turun lagi lebat..so,terpaksa lah aktiviti di padang dan pertandingan-pertandingan lain dibatalkan dan diganti kan dengan penyampaian hadiah..
lepas tu kitorang diberi rehat..

ha..time rehat ni lah kitorang pi posing ngan Teacher Suet Li sampai penuh iphone die dengan gamba kitorang..
paling best time rehat ni Cikgu Rogayah macam buang tebiat..dia bagi kitorang makanan free satu sorang..
dan si Azmirul plak pegi bukak puasa bila tengok kitorang makan..iman lemah betullah kawan aku ni kn..

bila habis rehat kitorang dapat tengok persembahan dari kumpulan sayembara sekolah kitorang..
memang sedap lah suara diorang..dan diorang akan wakil kan daerah jelebu ke peringkat negeri..

bila habis persembahan tu kitorang sambung lagi bagi hadiah..
and finally...majlis bersurai..
tapi hujan di luar dewan still belum bersurai..
so aku ngan puput redah je lah hujan tu untuk balik..

Rasanya ni lah hari guru yang paling best..
will miss the moment with Teacher Suet..

Thursday, May 16, 2013

tembam ke??

dia cakap nabila tembam..pastu cakap tembam banyak plak tu..
hampeh betul lah..
sempat lagi dia nak ngutuk aku malam-malam buta ni..
nasib baik tak de depan mata..kalau tak free je dapat penampar aku..
haishh..nanti ye..aku datang membalas dendam..
come on nabila..tabahkan hati untuk touching lelama k..
usaha tangga kejayaan..bye..

Kisah Sebenar(part 1)

Memandang kan sekarang ni nabila sedang dilanda kebosanan.so,nabila nak cite sikit pasal drama yang sedang berlangsung secara live di kelas nabila..haha..
kisahnya bermula apabila Adam(bukan nama sebenar) rajin gila-sila dok borak ngan nabila dan datang tempat nabila kat dalam kelas..ingat kan kenapa..rupenya dia nak usha Hawa(bukan nama sebenar) rupenya..
disebabkan dia ni agak tidak matang sikit lah kan..so nabila ngan amel serta puput pakat sesama lah nak tolong dia..kesian..dah macam orang angau dah..
so,kitorang pon cerita lah kat Hawa yang Adam minat dia..mula-mula Hawa tak caye,tapi lama-lama dia jadi malu-malu kucing lah pulak..mahu tapi malu lah katakan..
lebih kurang dalam seminggu kot,Adam buat keputusan tok bagitau Hawa sendiri yang dia minat Hawa..
so,bermulalah hubungan Kawan tapi Mesra..
mula-mula tu lawak lah jugak sebab Adam macam bajet caring,Hawa pulak pura-pura tak suka..
perempuan kan..lama-lama Hawa pon cairlah ngan Adam..
tapi malangnya si Adam ni dah mula berubah hati..dia dah mula rasa bosan dan give up..
tapi tak tau lah macam mana Adam bleh tau plak yang Hawa dah start melting ngan dia..
memang tengah best lah drama ni skang..lagipun Adam dapat tau 2 hari yang lepas..
dan dia pun macam dah nak start balik rapat ngan Hawa..bapaklah caring time rehat..haha..
tak sabar rasanya nak tunggu ending kawan nabila ni..dah macam drama lah pulak kisah cinta diorang ni..
hope diorang bersatu lah akhir nanti..sebab diorang secocok..dedua muka nerd..kahkah..
pape pon aku doakan korang bahagia ye kawan..

A New Colour


yey..dah tukar warna..tapi malangnya kene ejek pulak sebab kali ni warna pink..
ish..sibuk je memasing nak tengok braces nabila..ingatkan sebab apa,rupenya nak ejek sebab warna pink..
hampeh betul..rase nak bunuh je sorang-sorang..
nasib baik lah nabila ni orang yang baik*perasan*..
tapi yang lagi benci apabila malam menjelma..cehh..
mulalah dia buat perangai..sakit tak tentu pasal..gila..rase macam nak tercabut je gigi nabila ni ha..
sampai nangis-nangis...ye lah..sakit kayh..
huh...cepatlah hilag sakit ni..
amin....

Esok punya cite..

ok..tak sabarnya nak tunggu esok...
tak sabra nak sambut hari guru,tak sabar nak tengok kain rentang yang kami satu kelas buat,tak sabar nak tengok amel jadi MC..
dan tak sabar nak lawan sahibba ngan cikgu zuhaidah..haishh..mati lah aku alamatnya esok..
dah lah lawan ngan c.zuhaidah..
yang paling malangnya esok kene menghadap muka Aizat..err..apelah punya gedik aizat ni..asyik nak carik gaduh je..pantang jumpa ade je lah mulut dia tu nak cari gadoh..tak mulut kompem kaki dia..rase macam nak tumbok lelaju je muka dia tu..
haishh..nasib baik lah kau kawan aku aizat..
tapi yang sebenarnya aizat ni baik orangnya..maklomlah..kelas aliran agama lah katakn..
cuma dia ni suka sangat carik gaduh..tu je yang buat nabila geram.
tapi goal untuk esok ialah kalahkan c.zuhaidah..
fuhh..kene rebus kamus dewan ni..

Ragam kami..

Selamat Hari Guru cikgu..haha..tak sabarnya nak sambut esok..mesti best..
sebab tahun ni kitorang kira dah maju lah sikit...punye lah pemalas nak gi beli hadiah..
so,kitorang sebulat suara satu kelas untuk bagi Hamper je..
tadi lepas habis exam,nabila,amel,puput,yani dan azmirul terus balut hamper..
sebenarnya di sini cuma kaum hawa je yang balut hamper..si azmirul satu-satunya kaum adam yang menyebok masa u cuma tolong gelak..gila..nabila ngan azmirul ni kalau dapat jumpa kompem gelak tak ingat dunia..yang si azmirul ni nak buat Lawak Kitorang tak pandang kiri kanan..
akhirnya kantoi lah yang si azmirul ni gi buat lawak BLUE.ish..sengal punya kawan..
ok2..sambung cite balik..masa balut hadiah tu bapaklah kesian tengok puput sebab dia tengah puasa pastu meleleh air liur tengok hamper tu..sian nye lah kawan aku ni...
tapi yang paling penting bila kitorang balut hamper ni kitorang dapat lari dari kene bebel ngan Cikgu Kamal..
oh shitt..mengapa dan kenapakah dia suka meraban tahap gaban ha..
pelik betul lah..
so akhirnya siap lah kerja kitorang..dan apa lagi..yani pon memekak lah takut kene tinggal bas..
puput pulak pi buat lawak bodoh mase tu..
punya lah obses dia ngan bola..sampai cium-cium surat khabar tentang bola tu ha..pastu mula lah muka dia jadi hitam sebab dakwat surat khabar tu melekat..kahkah..
yang nadia pulak punya riang mase tu nak membebel macam-macam..
amel pulak merungut sebab dia kene balik lambat..maklumlah..pengawas berwibawa lah katakan..
pendek kata semuanya berjalan ngan lancar lah tadi..


Yani Ketot..



Lihatlah betapa sakainya muka kami..kahkah..
tapi yang perlu dititikberatkan disini ialah ketinggian kami..
haha..ni lah budak paling pendek dalam kelas dan budak paling takut tetinggal bas sekolah..
yani..yani..nasib baik comel..
walaupon dia pendek dia tetap kawan nabila...
kami berdua memang expart kalau bab-bab weird face ni..
tak kesah lah kat perhimpunan ke,kat kelas ke,kat kantin ke ataupon di pagar sekolah yang terpaksa beratus tok balik tu,kami tetap tak malu buat weird face..
kesah apa ngan orang nak cakap..janji kami happy dan tak menyusahkan diorang..haha..
ok..tak sabarnya nak pegi sekolah esok..
guess why??
esok nak sambut hari guru lah..


perkhawinan Acu..







finally..berlangsung lah sudah majlis perkhawinan acu..
meriah sungguh dengan ketibaan 'silang pedang' dan kami sekeluarga..
gila tak best..bapaklah best nya..
nabila,baby,along and angah apa lagi..posing tak habis lah..
yang lawak nya pulak si Ayoi..punya lah excited nak jadi pengapit..sampai samping pon lupa nak bawak..tetinggal kat kedah.tak kan lah nak pusing gi ambik kan..so,jalan yang satu-satu nya boleh pakai ialah...jeng..jeng..pinjam samping arwah atok..kahkah..
agaknya disebabkan terlampau excited jadi pengapit,bukannya pengantin yang di kipasnya,tapi diri dia sendiri..
ish..ish..tak de bakat langsung jadi pengapit..kahkah
meriah gila..
tapi yang tak best nya mak suruh nabila gi kutip cawan ngan pinggan kat khemah..
arghh..sungguh tak adil..yang lain dok goyang kaki posing..nabila plak kene kutip cawan ngan pinggan..
tapi..ikut je lah..

Semoga perkhawinan ini berkekalan hingga ke hujung hayat..
aminn....

Stuck..



 time ni Abg wan khawin..err..tetibe je kene tahan pastu org tu tangkap gamba..apa lagi..nabila ni dah lah benci kamera*kata lawan..memang laju je lah..
tapi bila dia dh tangkap gamba nabila,dia suruh nabila buat ucapan tok abg wan pulak..
ye lah..Raja sehari lah katakan..so nabila pon pegi lah kat tempat yang dia suruh tu..
malangnya otak tetibe stuck..tak tau nak tulis apa..
jeng..jeng..cume ada satu je ayat keramat yang muncul mase tu..guess what..
ayat budak darjah satu lah..nabila terus tulis kat situ "selamat pengantin baru abg wan.semoga ceria selalu dan berkekalan hingga ke hujung hayat..smile always bro"..kahkah..ini lah ayat yang muncul mase tu..
pedulik apa..janji ada ucapan kan..
btw,terasa HOT pulak masa tu..kahkah


miss this moment soo much..

kePOYOan teserlah
kami comel..of course lah..semua cucu-cucu Tok Cipoi comel kayh*perasan*..haha..
perasan??biar lah..
yang paling penting kat sini sejak bile pulak lah budak sorang ni lagi tinggi dari nabila..oh my..nyampahnya..nasib baik pakai heel kalau tak agaknya macam langit ngan bumi kot..
miss this moment soo much lah..sekejap je dapat jumpa,pastu masing-masing nak balik dah..maklomlah ,kami pelajar.so,kene balik awak sebab masing-masing nak exam.ibu pulak kene jaga exam..
tapi cer tengok bebetul..nampak dok yang dia tengah cover seseuatu..cover dia punya *e**t..kahkah..
ngan aku pon nak cover..apalah syazwan ni..



dah besar dah Baby Bella ni
fuhh..finally..dapat jugak jumpa baby..setelah hampir 5 bulan kami tak jumpa sebab parents masing-masing busy gila..kenapa nabila panggil BABY?sebab satu family dah panggil dia baby walaupon dah besar panjang my silly brother ni..
haish..dia tetap dan masih manja macam kitowang kecik-kecik dulu..satu pon tak berubah..senyum dia,gelak dia,suara dia..cume satu je yang berubah..jeng..jeng..of course lah perut dia..kahkah..
tapi nampaknya baby dah semakin kurus..maklumlah..dah besar kan..dah pandai nak ada speacial girlfriend..




















Rasa macam tak nak balik je masa ni..masing-masing menyesal dan sedih gila sebab dah terlepas cakap kat parents yg esok ada exam mid year..
haishhh..kalau tak kompem dapat bailk umah atok skali..
masa nak berpisah masing masing tak habis habis nak posing..ye lah dah lama gila kitorang tak jumpa,hanya mampu skype je slalunya..
huh..tak sabarnya nak tunggu cuti sekolah..


Saturday, April 27, 2013

Only ME!!

Assalammualaikum dan selamat pagi..
sejuk dan sejuk dan terus sejuk..nabila still tak mandi lagi sebab sejuk..walaupon hotel ni ade air panas..sbenanya nabila rasa nabila macam malas nak mandi.ye lah..all my silly sis still sleap..and me??kelaparan..malu rasenya nak keluar bilik dengan muka yang memang sakai nak mampus ni..
My parents??tak tau lah mana..bangun je tido tadi tengok mak ngan abah nabila dah tak de..pegi mane tah..so nabila sorang sorang je melayan hati yang lara ni..cehh..
nabila try on tv dan tringggg...hasil nya sangat lah memberangsangkan..cuma ada saluran tv3,tv2 dan tv 1..ngok punya hotel..so dengan muka yang tak malu nya nabila pergi mintak password wifi kat stuff hotel ni..biaa lah..my parents bayar kayh..haha..
hasilnya nabila dapat lah hilangkan bosan sikit..layan youtube dan ask.fm..
tapi nabila jeles lah tengok all my silly sis tido kekenyangan makan tutti fruitti..yekss...tak sedap pon..mahal je lebih kan..
Bosan,bosan dan terus bosan..so nabila stalk all my followers in instagram..actually not all..just a few maybe*ayat keling*..
nabila masih rasa bosan lagi..so nabila menyanyi kuat sangat ikut youtube dan k.long dan k.ngah marah nabila..huh..jeles ar tu suara nabila sedap*perasan kejap*
bye..nak gi bekfest kejap..dan..gosok gigi..i love my braces kayh*takde motif*..kahkah

Amieyrrr: Baru je buat blog!!!!! :P (found my classmate)

Amieyrrr: Baru je buat blog!!!!! :P: Aku bru je buat blog..........tapi aku xthu nk buat ape......ntah nk cite psal ape ye........aku Muhammad Amirul Firdaus...org panggil ...

Lawak di malam hari..

Ting tong..ting tong..tiba-tiba loceng hotel berbuunyi..my mom dah balik rupenya..ok..ni tak lawak sbenanye..just intro..
Kisah nye bermula pada pukul 10:24 p.m hari sabtu bertarikh 27.april..
my fone berbunyi..pergi check dan satu mesej telah diterima..pengirimnya ialah Iman Haikal gembeng..kahkah..sungguh melawakkan apabila dia cakap dia tak sehat..so nabila tanye lah kenapa..dan dia jawab dia jatuh longkang dan kaki dia telah patah balik...kahkah..tak dapat nabila nak bayangkan muka dia bila jatuhh longkang tu..dan dia cakap dia jatuh dalam longkang besar...wakakaka..memang gelak besar ar nabila..
apelah kau ni keding..longkang yg besar tu pon kau tak nampak kan..tu lah..manja sangat..nasib kau lah iman..patah kaki kali yang ke berapa tah..
semoga allah sembuh kan kaki kau dengan kada yang segera ya..amin..
bye..nak gi sambung gelak lagi..kahkah..

choral speaking!!

kecewa kecewa kecewa dan kecewa kuasa sepuloh...kenapa mengapa dan bagaimanakah kami boleh dapat tempat ke-2..i think we should to be the winner..not the second..i really really hate this..
kitorang dah practice 4 bulan..dan hasilnye kitorang dapat tempat ke-2..menyedihkan betullah..mungkin inilah yang dikatan takdir yang sukar diterima tetapi tetap harus diterima..nabila harap tahun depan nabila masih berkesempatan lagi untuk join choral speaking tu..dan berharap sangat dapat jadi juara..
Btw congrets to Daniel sebab dapat tempat pertama dalam public speaking..
dan yang paling menyedihkan ialah nabila dah tak dapat nak tengok dan jumpa Mr.Dimple setiap hari sebab dah tak de practice choral speaking dah..sob..sob..
Tapi nabila harap sangat sangat yang nabila tak kan kecewa lagi sebab 30.april ni insyaallah nabila akan pergi perlawanan sahibba dan lagi sebulan nabila akan pergi ke pertandingan saintis muda dan yang paling membahagiakan walaupun kitorang dapat tempat ke-2,kitorang dijemput untuk membuat persembahan di hari guru peringkat kebangsaan..
semoga Allah permudahkan segala perancangan yang telah nabila lakukan..amin..

Friday, April 19, 2013

fake smile

kenapa nabila cakap ni fake smile??sebab nabila tengah tak happy skang..
kenapa nabila boleh TERcrush on my senior..terok lah nabila ni kan..
tapi dia comel..serious comel..dia ada lesung pipit yang boleh buat nabila melting dan jadi semangat nabila untuk terus pegi latihan choral speaking..walaupon tak namapak sangat muka die sebab dia duduk di baris blakang nabila,dia tetap comel di mata nabila..kahkah
minggu depan nabila akan pergi lawan choral speaking dan minggu depan adalah minggu terakhir nabila akan jumpa dia tu pun 3 kali je..sob..sob..
i gonna miss you mr.dimple..kahkah

Jatuh katil kali ke-2

OMG...nabila jatuh katil lagi..tapi kali ni tak de lah sampai patah kaki,kali ni seliuh je..kenapalah time ni dia nak sakit..dah lah esok nak pergi kenduri umah Azmirul,minggu depan pulak nak pergi lawan choral speaking,pastu kenduri rumah p.cik lagi..ishhh...gedik betul lah kaki ni..jatuh katil pon buleh seliuh..
hope kaki ni sembuh dengan cepat..pagi tadi mak ngan abah ajak gi x-ray tapi bila nabila keluar dari toilet tengok-tengok mak ngan abah dah tak de..sad life betul lah..urut??never and ever kayh..
semoga allah sembuhkan kaki nabila cepat..tak kan lah nak pakai baju kurung ngan selipar jepun kot..mampukah ku memakai heel di hari esok..cehhh..kahkah..
perut dah menyanyi lapar mintak diisikan..bye..*lari masuk dapur*

Sunday, March 31, 2013

Antara answer yang nabila suka..

sbenanya banyak sangat answer yang pasal najmie kat ask.fm..tapi banyak sangat jugak yang merepek tahap    gaban..potong jari lah,tanye mane kenal lah,suruh cocok mate pon ad..ish ish...memamg gelak guling-guling ar time bace answer kengkawan nabila mase tu..tapi yang lagi mendebarkan bile sorang budak ni jawab answer nabila cakap "macam kenal je najmie jokez ni"..oh my gosh..hope die boleh tutup mulut die..kalau tak,memang nak kene ar budak tu..haha..tapi ade jugak yang bagi answer munasabah dan boleh diterima akal.pape pon thanks ar kepada yang dah bagi advice yang masok akal sikit tu..
>>hate my bad hobby<<

Najmie plus Syaa jokez. ☹♥

perkara yang bodoh yang paling selalu nabila buat dan lakukan adalah stalk budak yang tak sepatotnya nabila stalk * my crush (najmie) *..kadang-kadang rase macam nak potong je jari ni..gatal sangat pi stalk si najmie ni kan..padahal tak berfaedah pon..lagi buang mase ade lah..tapi nak buat cane kan..name pon crush..tipu lah kalau seseorang tu cakap yang die tak pernah stalk crush die..macam tu lah jugak nabila..tak kan lah nak tipu diri sendiri yang nabila tak nak stalk najmie kan..macam mane lah agaknye nak hilangkan hobi bodoh ni..dah lah bodoh,tak berfaedah plak tu..pastu nangis sebab sakit hati kan tengok die ngan gf die...grrrrrr...tapi insyaallah nabila akan cube untuk melupakan die..sebab tak de gune pon fikirkan tentang die kan..pape pon nabila doakan die happy ngan Kak Syaa yang cantik ni .. walaupon nabila agak benci,tapi nabila suke dan bahagia bile tengok najmie bahagia dengan Syaa..hope korang tak marah kalau jumpe post ni..haha..
got to go..esok nak skolah dah..nak siap kan barang skolah sambil melupekan najmie.. :)

Saturday, March 30, 2013

Amir kalah

Tak gune punya Amir..dah kalah tak nak ngaku..puas aku tunggu nasi ayam..nasib baik lh nabila nie orang yang penyabar*puji diri sendiri*..siap kau mir..bukak skolah nanti aku tuntut kat kantin..dah lah kalah,pastu tak nak ngaku..pastu ubah topik cakap pasal Izudin Abun plak..gade je..haha...
Tak sabar nak tunut nasi ayam ni..haha

Afiq ting tong..

ini bukan adik saya mahupun anak jiran saya..tetapi ni budak kecik yang tetibe memekak nak main webcam bersama kak lela yang baik lagi ohsem*perasan kejap*..oh my..serious sakit sakit badan kene himpit dan tumbok oleh die..dah ar tembam,kuat plak tu..tak tau lah sejak bile die pandai nak main webcam..sengal je asyik cakap "kenape gamba abang gemok"..kahkah..itu kenyataan lah sayang..habis air sirap satu jag die minum..belom kire hot dog..nangis nangis suroh goreng..padahal dah makan nasi ngan hot dog 3 peket..3 peket tu bukan sikit kayh..banyak sangat sangat k..patot ar badan semangat..Afiq afiq..
Love this moment soo damn

cuti skolah dah nak habis

Pejam celik pejam celik dah nak habis dah rupenye cuti skolah..errr...banyaknye homework yang tak siap lagi..tak tau lah sempat ke tak nak buat..even kasut skolah pon tak basuh lagi..and baru perasan yang beg skolah pon tak basuh..my gosh..sempat ke nie..dengan kerja kursus sejarah tak siap lagi..kenapelah sekejap sangat cuti kan..benci benci benci kuase 120 betul lah..
I got to go..nak siap kan barang barang skolah..sob sob..sedihnye nak tinggalkan cuti yang kejam ni..

Friday, March 29, 2013

Pak long sakit!!

baru dapat berita pagi tadi yang my uncle sakit..masok icu..oh my..mula mula ingatkan p.lang gurau je yang p.long sakit,rupenye betul betul..tapi malangnye nabila tak pergi pon tengok die kat hospital besar melaka..why n why??cause...errr.....malas nak pegi..malu ar..tapi insyaallah ahad ni nabila pegi melawat die dengan k.ngah,k.long,abang syuk ngan abang epul..tapi belom pegi lagi diorang dah cakap "adik bella tak payah ikut.kitorang nak gi ronda melaka skali,lagipon kau nak skolah arie isnin tu".. arghhh...diorang saje je dengki..tak pe..pegilah..nti adik bleh pegi ngan abah..lagi best..
papepon doakan p.long sihat dan cepat sembuh..mesti sunyi nanti kalau tak de p.long..
may god bless you p.long..we always beside you whatever happen i still love you and your joking..miss you soo damn..

Wednesday, March 27, 2013

kawan masa senang memang macam ni..

assalammualaikum..selamat petang..err...masih rasa kesal dan menyesal sebab kenal dan jumpa kau kawan..aku fikir kau baik,rupenya kau kawan masa senang..double tap..malas nak mention nama..menyampah..dekat skolah dah ar 24 jam denga nama kau..masa susah kemain kau baik ngan aku,tapi bile senang jangan harap nak nampak batang hidung kau..shitt ar kau..aku ingat kau ikhlas kawan ngan aku..tak pe..kita tengok..lepas ni sapa carik sapa..aku akan balas lah balik pendek..fikir bagos sangat agaknya..kau memang buta ar..tak dapat menilai mana satu permata ngan kaca..aku akan balas balik kawan..

Tuesday, March 26, 2013

tuisyen ke sesi fotografi ni??

Tadi ada kelas tambahan BI dan Math..best ar jugak..best sebab dapat tangkap gamba banyak banyak ngan yanie,puput dan Amir..haha..lawak je tangkap gamba ngan amir..yang si izunudin pulak lagi lah nye sengal..pi curi-curi bukak lappy cikgu pas tu berangan nak on9,padahal bukannye ada enternet pon..err...tak sabar nak tunggu hari esok,nak tangkap gamba banyak banyak lagi..haha..

Monday, March 25, 2013

PAS dan BN harus berganding bahu,bersatu,meletup!!

Pas ke BN???PKR ke DAP?? arghh...setiap hari dalam rumah mesti ada 'story telling ' pasal politik..bila parlimen nak bubar??hari hari benda yang sama parents & my lil sis borak..saya ni dah lah bawah umur,nak tak nak tetap gak kene dengar..dan saya pon dah terpengaruh..oh gosh..ini tidak patot bukan..budak berumur 15 tahun cerita pasal politik..tapi nak buat macam mana kan..
saya cuma terfikir alangkah bagusnya kalau BN dan PAS bersatu..bukankah pergaduhan sesama umat itu dilarang sama sekali di dalam islam..mengapakah Najib dan Anuar tidak terfikir??huh..pandai tapi tak nak gunakan akal..opss...pandai tapi terlebih guna kan..itulah akibatnya..BN dan PAS sepatutnya bersatu dan berganding bahu untuk memajukan Malaysia..pasti ianya membuahkan hasil yang lebih baik daripada bertelingkah di media massa,di perkampungan,di sidang parlimen dan di mana mana jua..cuma satu harapan saya,moga Allah memberikan petunjuk kepada dan keadilan kepada mereka..amin...

Sunday, March 24, 2013

Amalina Razak


amalina razak..dia seorang kawan yang teramatlah caring,baik,pandai dan cantik plus cute..kitorang mule berkawan since form 2..pernah gadoh tapi tak lama..adat lah kan dalam persahabatan ada gaduh..dia slalu sangat sangat bagi nasihat kat nabila..tapi sekarang dia dah jadi pengawas..so,kitorang dah jarang makan nasi lemak sama sama kat kantin..kitorang slalu jadi mangsa 'tadahan air liur cikgu'..maklumlah,duduk meja paling depan kan.segala tempias habis kena kitorang..nak nak lagi air liur cikgu...but sokayh..itu satu nikmat..kahkah..miss u soo much amel..

Adik,mak,abah

saya anak bongsu..bersyukur sangat sangat sebab dapat 'parent' yang sayang dan sanggup bekorban demi nabila..abah tak pernah kitorang adik beradik dan mak pulak suka membebel sambil menasihatkan kitorang..setiap hari mak yang hantar nabila pegi skolah..bukan sebab nabila nak menyusah kan mak,tapi abah yang tak kasi naik bas atau tumpang orang..terima kasih mak abah sebab dah jaga adik..

Saturday, March 23, 2013

cuti sekolah

cuti satu minggu...wuhuuuu...best dan tak best??
best sebab boleh bangun lambat dan dapat rehat
tak best sebab ada banyak sangat homework,ada tuisyen,kerja kursus pulak kene siapkan..
arghhhh...ternyata lebih banyak perkara yang tak best..jadah nye tah..nyampah betol ar..

satu lagi masjid terbina

perkahwinan itu adalah sunah nabi..best sangat sangat time ni..semua ahli keluarga berkumpul..rasa macam tak nak balik umah je masa tu..congrate to kak piqah..

Air yang dicincang tak kan putus


Air yang dicincang tak kan putus..kami tak pernah berpisah..nabila roseayu,nabila roselaili,nabila roselaila..bersyukur sangat sangat sebab dapat kakak yang 'caring'...

my best teacher ever after

Liew Suet Lee..nama pon dh best,mestilah tuan empunye badan pon best kan..ehem ehem..die start teach nabila since form 2..dan skang dia masih teach nabila untuk PMR plak..die baik sangat sangat..susah ar nk describe kebaikan die tu..tapi apa yang penting dia tak pernah putus asa untuk ajar kitorang satu kelas english..dan die pon tak pernah putus asa untuk belajar BERCAKAP BAHASA MELAYU..almaklumlah,lepasan abroad kn..memang respect ar my cute teacher ni.dia lah cikgu yang paling best yang pernah nabila jumpa.. sanggup berkorban demi anak anak muridnya.. dah lah cantik,cute pulak tu.. die dah banyak sangat berjasa kepada kami satu kelas..I will remember you forever and ever teacher..

BRACES

Pendakap ataupon lebih dikenali sebagai Braces..arghh...sungguh merimaskan..ia buat bibir saya macam agak bengkak dan......ia merimaskan...oh gosh..saya perlu gosok gigi setiap kali lepas makan,kumur mulut setiap kali lepas minum air manis,tidak boleh kunyah ice-cube dan yang paling penting tak boleh gigit my sis and my friends...arghh..sungguh menjengkelkan..tetapi,saya pasti dan yakin ia akan membuat gigi saya lebih cantik after 2 years from now..tak sabar nak tunggu 2 tahun tu.. Miss my old teeth..

Friday, March 22, 2013