Gwiyomi with Teacher Suet Assalammualaikum terlebih dahulu..cehh.. ok..let we start a really,really good news for today..
Semperna hari guru yang ke-48,kitorang sambut bapaklah riang dan happy nye.. tahun ni tahun terakhir Teacher Suet di sekolah S.M.K.T.H. so,teacher bapaklah bersemangat ajak kitorang posing bebanyak..tak cukup atas pentas,belakang pentas pon jadi lah.. rasenya penuh iphone teacher ngan gamba kitorang berlima..tau tau je lah yang aku ni pantang jumpa camera.. tapi rasanya gwiyomi tak berapa nak menjadi lah.. maklomlah,baru setahun jagung..kahkah.. yang penting happy gila masa ni..
Sebenarnya hari ni bermula dengan cara yang tak berapa nak bagus lah.. aku TERLAMBAT bangun tido,tergesa-gesa mandi dan paling malang aku tertinggal camera.. menyampah kuasa sepuluh betullah..
bila sampai je sekolah macam biasa lah..yani,puput dan jing ni yang menunggu aku dan bukannya aku yang menunggu dia.. ni sume sebab aku suka bangun pagi lambat dan mak kalau drive pepagi tak de feel sampai drive punya lah lembab..haishh.. masa tengah syok-syok borak baru lah kitorang teringat yang hadiah tok kelas kitorang yang kitorang balut semalam tertinggal kat atas kelas lagi.. so apa lagi..dengan tergesa-gesa kitorang berempat pegilah mendaki tangga untuk ambik hadiah tu..
bila turun je tangga tengok-tengok perarakan dah start.. dengan rasa yang confident,bangga dan tak tau malu..kitorang main join je pasukan kompang tu..bajet macam kitorang plak yang main kompang..
bila perarakan habis mulalah acara di perhimpunan.. paling best yang part Cikgu Razak menyanyi lagu hari guru..suara dia tak bleh blaa tol lh.. sampai turun hujan..tapi masa tu tak lebat sangat lagi lah.. bila pengetua start je berucap,hujan pon jadi makin lebat.. paling lawak yang budak-budak form1 sume membentuk satu atap yang bapaklah hodoh guna beg masing-masing.. so Cikgu Razak suruh kitorang pindah pegi dewan.. bila sampai je kat dewan pengetua pon sambung lah balik ucapan dia.. ha..time ni budak SMKTH tunjuk KEHEBATAN MENTAFSIR diorang.. kata-kata manis pengetua yang diorang telah tafsirkan dengan cemerlang nya itu adalah "anak-anak,sabar ye..sekejap lagi kita MAIN SESAMA ye"..kahkah.. satu dewan tergelak..aku pon kompem lah tergelak..agaknya budak form1 je kot yang tak tergelak..
masa ni hujan turun lagi lebat..so,terpaksa lah aktiviti di padang dan pertandingan-pertandingan lain dibatalkan dan diganti kan dengan penyampaian hadiah.. lepas tu kitorang diberi rehat..
ha..time rehat ni lah kitorang pi posing ngan Teacher Suet Li sampai penuh iphone die dengan gamba kitorang.. paling best time rehat ni Cikgu Rogayah macam buang tebiat..dia bagi kitorang makanan free satu sorang.. dan si Azmirul plak pegi bukak puasa bila tengok kitorang makan..iman lemah betullah kawan aku ni kn..
bila habis rehat kitorang dapat tengok persembahan dari kumpulan sayembara sekolah kitorang.. memang sedap lah suara diorang..dan diorang akan wakil kan daerah jelebu ke peringkat negeri..
bila habis persembahan tu kitorang sambung lagi bagi hadiah.. and finally...majlis bersurai.. tapi hujan di luar dewan still belum bersurai.. so aku ngan puput redah je lah hujan tu untuk balik..
Rasanya ni lah hari guru yang paling best.. will miss the moment with Teacher Suet.. |
No comments:
Post a Comment