I'm just a simple person who hides a thousand feelings behind the happiest smile and I choose to be happy.I need a friends ᶫᵒᵛᵉᵧₒᵤ not haters ᶠᶸᶜᵏᵧₒᵤ

Sunday, May 19, 2013

Terharu lah gila

fuhh...serious terharu..apsal kau buat entri terharu tahap gaban ha mad?

Assalammualaikum..
hari ni aku agak free lah jugak untuk stalk orang-orang yang aku rase berminat nak stalk.
so aku sign in twitter and then ask.fm..
masa kat twitter tu kira biasa-biasa je sebab just stalk "lesung"..
agak tak best.so, aku pi ask.fm.. dan di sini aku terjumpa profile sorang mamat ni..
rase macam memanggil-manggil aku tok stalk die..
apa lagi..aku ikut je lah kata hati ku yang masa tu tengah gaduh ngan perut sebab lapar.

Di sini lah bermulalanya kisah pengembaraan aku untuk tahu lebih lanjut kisah hidup dia.err..sebenarnya bukanlah pengembaraan..mane ade orang mengembara kat alam maya kn..
memula aku just bace answer dia yang agak merangsang minat aku untuk pergi ke blog dia pulak.
so,jari jemari ku pergi lah klik link yang dia kasi tu..
pehh..baru bace intro je pon dah bedebar debar.

Alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan kan..
aku menerus kan membaca kisah persahabatan dia ngan sorang stalker ni..
kisah persahabatan diorang memang hebat..seriously aku tabik spring ar kat dia.
di setiap kesedihan diorang pasti ada kegembiraan..yang paling best nye diorang ni lelaki..
tak sangka aku seorang budak lelaki yang dah matured boleh bersahabat baik gila babeng ngan sorang budak lelaki yang juga dah matured dengan penuh kasih sayang..
diorang tak pernah jumpa,tak pernah face to face dan tak pernah kenal sebelom ni..
tapi yang peliknya persahabatan diorang penuh dengan kenangan manis..
gurauan berada dimana mana sahaja..
kepercayan antara satu sama lain sungguh hebat..
mungkin inilah yang dikatan persahabatan yang bersandarkan keikhlasan hati..

biasalah kan hidup sebagai seorang stalker..lama kelamaan persahabatan diorang teruji..
emel si mad ni kene hembus dengan sorang anon ni yang menyampaikan ketidakpuasan hatinya.
so agaknya mad sudah mula emo dan dia mengorak langkah yang bagus tetapi agak menyedihkan..
dia tinggalkan segala-galanya..dia tinggal kan kawan-kawan nya tanpa sebarang jejak pon..
tapi disebabkan kepercayaan dia pada kawan dia tu. dia tinggalkan pesanan yang amat menyentuh hati

mamat ni jugak selitkan janji mad pada entri die..janji mad yang akan buat slash mop bila dah balik malaysia ni.
bayangkan lah,mad ni merantau ke negeri orang untuk belajar dan sanggup tanya perkembangan politik kepada mamat..
lihatlah betapa cintanya dia kepada tanah air.

banyak lagi sebenarnya yang menyentuh persaan tentang diorang ni.
oklah..nanti bella sambung ye

1 comment:

  1. Sorry menyibuk kat page kau, kitorang bukan dua2 lelaki, dia je laki, aku perempuan -_- haha takpa lah tak salahkan kau pun sebab cara tulis aku pun ganas semacam je. tak sangka kau buat post pasal kitorang, terharu woi terharu :') Thanks weh

    ReplyDelete