Assalammualaikum dan selamat sejahtera..
hari ni hari isnin dan bermulalah kembali tugas aku sebagai seorang pelajar yang bajet berwibawa.
Buat pertama kalinya hari ni aku bangun awal untuk ke sekolah.pukul 6 pagi lagi aku dah bangun.
makl
So macam biasa lah.gosok baju mandi breakfest dan pegi sekolah.
masa perhimpunan tadi dengan bangganya lah aku pergi kat stage perhimpunan sebab nak jawab soalan C.Razak "apa misi sekolah?"
dengan rasa yang sungguh bangga kerana berani ke hadapan aku jawab lah soalan C.Razak tu.
yes..aku betul dan C.Razak cakap rehat nanti pegi bilik dia ambik voucer makan RM5.
Disebabkan hari ni hari isnin,so tibelah giliran aku untuk menyapu kelas..
shitt..benda ni lah yang paling aku menyampah.bukannya menyampah sebab malas tapi menyampah dengan akibatnya.dah sudah menyapu mulalah aku bersin bersin.
Tak lama lepas tu pon start lah exam seni.Cikgu syukri yang jaga masa exam tu.punyalah bangga aku cakap ngan cikgu kelas kitorang dinobatkan sebagai kelas yang paling bersih dan terceria pada minggu lepas..
fuhhhh..ini lah kali pertama kitorang menang tau..bapaklah bangga tahap menara eiffel.
haaa..masa exam ni lah kemalangan malang telah menimpa aku.tengah syok syok mewarna tetibe je air botol aku tertumpah.tak tau lah camne bleh tertumpah.bapaklah geram eh..
habis exam kitorang pon turun rehat.
hari ni turn aku belanja yani air kat kantin..
dengan bangganya lah pegilah beli air sampai 2 bungkus konon nya karang cikgu razak nak gantikan balik..konon nya lah..
tapi malangnya masa kitorang tengah syok syok makan dengan banyak nya(maklumlah dah lama tak turun kantin) tetibe air kedua dua nya sekali tumpah kat baju aku.pehh.seperti kene kejutan elektrik aku terus menjerit..
serious malu masa ni.bukan malu sebab air tumpah tapi malu sebab menjerit kuat sangat.
dengan rasa menahan malunya tu kitorang pegi lah bilik cikgu razak nak tuntut voucer yang dijanjikan..
hampeh punya ajak..tak de dia kat pejabat..4 kali aku gi try tengok.tetap gak tak de..memang nak kene ni..
aku pon masuklah kelas dan teruskan ujian pendidikan jasmani.
bapaklah ngantuk..mana tak nya.time rehat tadi bapaklah banyak aku,yani dan amel ,makan..
main bulat-bulat je jawapan.pastu masing masing semua berlumba nak tido.
habis ujian PJK,ujian sivik pulak..time ni lagi best..
habis je terus tido balik.tapi malangnya sekali lagi cikgu syukri yang jaga dan dia mulalah nak buat perangai dia tu..apa lagi,dia mulalah merakam aksi aksi hodoh kitorang masa tido..ishh..malu tahap gaban ar masa tu..
habis exam kitorang pon happy lah..maklumlah..esok dh be;ajar ikut jadual anjal..
time ni memang kemuncak kepada segala kegembiraan lah..kitorang mengutuk luqman hakim sebab nama panggilan dia memang lawak ar.habis kutuk oman kutuk syafiq azmi pulak..
memang terkoyak lah mulut gelak sebab time ni puput pun join skali.
memang hodoh tahap cipan lah bila puput tiru aksi syafiq azmi,.
huh..kalau nak cite sampai esok pon tak habis lagi..
so bye..muahh kiri muahh kanan..leb u..
No comments:
Post a Comment