I'm just a simple person who hides a thousand feelings behind the happiest smile and I choose to be happy.I need a friends ᶫᵒᵛᵉᵧₒᵤ not haters ᶠᶸᶜᵏᵧₒᵤ

Monday, May 20, 2013

Malang ke Bertuah??

Assalammualaikum dan selamat sejahtera..
hari ni hari isnin dan bermulalah kembali tugas aku sebagai seorang pelajar yang bajet berwibawa.
Buat pertama kalinya hari ni aku bangun awal untuk ke sekolah.pukul 6 pagi lagi aku dah bangun.
makl
So macam biasa lah.gosok baju mandi breakfest dan pegi sekolah.
masa perhimpunan tadi dengan bangganya lah aku pergi kat stage perhimpunan sebab nak jawab soalan C.Razak "apa misi sekolah?"
dengan rasa yang sungguh bangga kerana berani ke hadapan aku jawab lah soalan C.Razak tu.
yes..aku betul dan C.Razak cakap rehat nanti pegi bilik dia ambik voucer makan RM5.

Disebabkan hari ni hari isnin,so tibelah giliran aku untuk menyapu kelas..
shitt..benda ni lah yang paling aku menyampah.bukannya menyampah sebab malas tapi menyampah dengan akibatnya.dah sudah menyapu mulalah aku bersin bersin.

Tak lama lepas tu pon start lah exam seni.Cikgu syukri yang jaga masa exam tu.punyalah bangga aku cakap ngan cikgu kelas kitorang dinobatkan sebagai kelas yang paling bersih dan terceria pada minggu lepas..
fuhhhh..ini lah kali pertama kitorang menang tau..bapaklah bangga tahap menara eiffel.

haaa..masa exam ni lah kemalangan malang telah menimpa aku.tengah syok syok mewarna tetibe je air botol aku tertumpah.tak tau lah camne bleh tertumpah.bapaklah geram eh..
habis exam kitorang pon turun rehat.

hari ni turn aku belanja yani air kat kantin..
dengan bangganya lah pegilah beli air sampai 2 bungkus konon nya karang cikgu razak nak gantikan balik..konon nya lah..
tapi malangnya masa kitorang tengah syok syok makan dengan banyak nya(maklumlah dah lama tak turun kantin) tetibe air kedua dua nya sekali tumpah kat baju aku.pehh.seperti kene kejutan elektrik aku terus menjerit..
serious malu masa ni.bukan malu sebab air tumpah tapi malu sebab menjerit kuat sangat.

dengan rasa menahan malunya tu kitorang pegi lah bilik cikgu razak nak tuntut voucer yang dijanjikan..
hampeh punya ajak..tak de dia kat pejabat..4 kali aku gi try tengok.tetap gak tak de..memang nak kene ni..

aku pon masuklah kelas dan teruskan ujian pendidikan jasmani.
bapaklah ngantuk..mana tak nya.time rehat tadi bapaklah banyak aku,yani dan amel ,makan..
main bulat-bulat je jawapan.pastu masing masing semua berlumba nak tido.

habis ujian PJK,ujian sivik pulak..time ni lagi best..
habis je terus tido balik.tapi malangnya sekali lagi cikgu syukri yang jaga dan dia mulalah nak buat  perangai dia tu..apa lagi,dia mulalah merakam aksi aksi hodoh kitorang masa tido..ishh..malu tahap gaban ar masa tu..
habis exam kitorang pon happy lah..maklumlah..esok dh be;ajar ikut jadual anjal..

time ni memang kemuncak kepada segala kegembiraan lah..kitorang mengutuk luqman hakim sebab nama panggilan dia memang lawak ar.habis kutuk oman kutuk syafiq azmi pulak..
memang terkoyak lah mulut gelak sebab time ni puput pun join skali.
memang hodoh tahap cipan lah bila puput tiru aksi syafiq azmi,.

huh..kalau nak cite sampai esok pon tak habis lagi..
so bye..muahh kiri muahh kanan..leb u..

Sunday, May 19, 2013

Showdown 2013

Assalammualaikum dan salam satu Malaysia..sedap jugak kan bagi salam satu malaysia*merepek kejap*
wah wah wah wah dan wah..showdown untuk tahun ke-3..
erghh..geram nye ngan starter dia.bapaklah tak best..
rasa macam nak terajang je tv bapak aku ni.nasib baik keperempuanan ku menghalang ku..cehh..

Tapi bila sampai je Leggo Crew, memang the boom ar..best ar jugak diorang.paling best diorang ada sorang ahli yang chubby..haha..dia macam bangga gila tahap tinggi dan kepopularan menara eiffel tau..
lawak je chubby sorang ni..ape dar..walaupon tahun ni diorang baru masuk,tapi best.

Akhir skali pulak Walawei yang sememangnya dah hot tu lah..tak heran lah kenapa masing-masing dok bising macam tungau buntut gajah kan..diorang still tak berubah macam tahun lepas..just berkurang satu ahli dan dan dan diorang bertambah best lah..
haha..tak bleh bla bila maple loo puji diorang dah matured dan makin handsome..kahkah..itu fakta yang semua orang tahu lah..dan rasanya maple tak perlu mention kot..sian kat gropu lain..kompem tacing tahap sembilu kasih kan..
sian sian sian..

Yang penting kat sini dedua terpilih..hope you guys do the best kayh..
go leggo and walawei..
but sorry..aku hanya akan undi masa final je..mane lah tau kn..
macam tahun lepas..tak sangka elecoldxhot bleh menang..tak sia-sia aku dok undi tetiap minggu..
tapi tahun ni rase macam malas plak nak undi awal-awal..maklumlah,kedit skang mahal..kahkah..

ok ok..do the best kayh..bye bye..gtg..esok skolah ar gembeng..

Terharu lah gila

fuhh...serious terharu..apsal kau buat entri terharu tahap gaban ha mad?

Assalammualaikum..
hari ni aku agak free lah jugak untuk stalk orang-orang yang aku rase berminat nak stalk.
so aku sign in twitter and then ask.fm..
masa kat twitter tu kira biasa-biasa je sebab just stalk "lesung"..
agak tak best.so, aku pi ask.fm.. dan di sini aku terjumpa profile sorang mamat ni..
rase macam memanggil-manggil aku tok stalk die..
apa lagi..aku ikut je lah kata hati ku yang masa tu tengah gaduh ngan perut sebab lapar.

Di sini lah bermulalanya kisah pengembaraan aku untuk tahu lebih lanjut kisah hidup dia.err..sebenarnya bukanlah pengembaraan..mane ade orang mengembara kat alam maya kn..
memula aku just bace answer dia yang agak merangsang minat aku untuk pergi ke blog dia pulak.
so,jari jemari ku pergi lah klik link yang dia kasi tu..
pehh..baru bace intro je pon dah bedebar debar.

Alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan kan..
aku menerus kan membaca kisah persahabatan dia ngan sorang stalker ni..
kisah persahabatan diorang memang hebat..seriously aku tabik spring ar kat dia.
di setiap kesedihan diorang pasti ada kegembiraan..yang paling best nye diorang ni lelaki..
tak sangka aku seorang budak lelaki yang dah matured boleh bersahabat baik gila babeng ngan sorang budak lelaki yang juga dah matured dengan penuh kasih sayang..
diorang tak pernah jumpa,tak pernah face to face dan tak pernah kenal sebelom ni..
tapi yang peliknya persahabatan diorang penuh dengan kenangan manis..
gurauan berada dimana mana sahaja..
kepercayan antara satu sama lain sungguh hebat..
mungkin inilah yang dikatan persahabatan yang bersandarkan keikhlasan hati..

biasalah kan hidup sebagai seorang stalker..lama kelamaan persahabatan diorang teruji..
emel si mad ni kene hembus dengan sorang anon ni yang menyampaikan ketidakpuasan hatinya.
so agaknya mad sudah mula emo dan dia mengorak langkah yang bagus tetapi agak menyedihkan..
dia tinggalkan segala-galanya..dia tinggal kan kawan-kawan nya tanpa sebarang jejak pon..
tapi disebabkan kepercayaan dia pada kawan dia tu. dia tinggalkan pesanan yang amat menyentuh hati

mamat ni jugak selitkan janji mad pada entri die..janji mad yang akan buat slash mop bila dah balik malaysia ni.
bayangkan lah,mad ni merantau ke negeri orang untuk belajar dan sanggup tanya perkembangan politik kepada mamat..
lihatlah betapa cintanya dia kepada tanah air.

banyak lagi sebenarnya yang menyentuh persaan tentang diorang ni.
oklah..nanti bella sambung ye

Friday, May 17, 2013

such a bitch

huh..this is really,really bad thing..
i hate him..because him all my silly fame hate me..
hey..please don't enter my fame kayh..
i will always hate you and will never like you even you enter my fame for a thousand years.
what is fame??i cant to mention the meaning cause the FAME gonna read this post..
and i dont want they know about this..
it enough i and only god know it..

i really,really hope this is just a bad dream..
sad life always beside me..

Saya PAS

PAS for all..haha..
sakainya.malam ni aku tido ngan baju PAS sebab semua baju tido aku lupa masukkan dalam washing machine..
haish..tapi seriously baju ni selesa sangat..terasa macam baju mahal lah pulak..padahal baju free je kot..
terasa bangga apabila menjadi penyokong PAS..haha..
macam tak da motif je nak bangga kan..
ok lah..good nite..

Richard??

kenapa dengan dia? ok..dia baik,dia peramah dan dia comel..
kawan baru yang memang really nice but pelik sangat sebab dia lawak..
dia orang sarawak dan yang lawak nya di sini apabila dia cuba belajar untuk berdialog dalam bahasa Negeri Sembilan..kahkah..
habis semua ayat dia nak telah huruf "O"..Chard ni memang pandai menyesuaikan diri..
kitorang partner spam budak kat insta?? ntah lah..tapi nampak nya its gonna be a good game...
first time borak dia telah buat nabila rasa pelik lah..sebab dia satu-satunya orang  yang panggil nabila dengan panggilan NAB..
NAB singkatan daripada NABILA lah kan...tapi aku agak ganjil sikit ngan panggilan ni.
so,dia jadi normal macam orang lain..panggil aku dengan panggilan BELLA..

Dia shapahollic kayh..err...jeles nya sebab esok dia dapat jalan-jalan..dan aku??huh..
still melayan hati yang lara lah..

Dia setahun lebih tua dari aku..tapi otak kitorang sama..
dan yang paling penting kitorang sama-sama penyokong PKR..
haha..dengan selamba taik nye lah kitorang menumpat BN kat moments we chat..
ha..time ni rasa bangga..masa kitorang tengah kutok tetibe ewan datang menyelit cakap dia sokong BN..
haha..1 lawan 2 kompem lah 2 menang kan..
so,kali ni aku menang fight ngan ewan..yey..
and paling best dia dah stop panggil aku "gigi welding"..

papepon semoga kita semua happy selalu..
salam ukhuwah untuk semua..

Selamat Hari Guru

Gwiyomi with Teacher Suet
Assalammualaikum terlebih dahulu..cehh..
ok..let we start a really,really good news for today..

Semperna hari guru yang ke-48,kitorang sambut bapaklah riang dan happy nye..
tahun ni tahun terakhir Teacher Suet di sekolah S.M.K.T.H.
so,teacher bapaklah bersemangat ajak kitorang posing bebanyak..tak cukup atas pentas,belakang pentas pon jadi lah..
rasenya penuh iphone teacher ngan gamba kitorang berlima..tau tau je lah yang aku ni pantang jumpa camera..
tapi rasanya gwiyomi tak berapa nak menjadi lah..
maklomlah,baru setahun jagung..kahkah..
yang penting happy gila masa ni..

Sebenarnya hari ni bermula dengan cara yang tak berapa nak bagus lah..
aku TERLAMBAT bangun tido,tergesa-gesa mandi dan paling malang aku tertinggal camera..
menyampah kuasa sepuluh betullah..

bila sampai je sekolah macam biasa lah..yani,puput dan jing ni yang menunggu aku dan bukannya aku yang menunggu dia..
ni sume sebab aku suka bangun pagi lambat dan mak kalau drive pepagi tak de feel sampai drive punya lah lembab..haishh..
masa tengah syok-syok borak baru lah kitorang teringat yang hadiah tok kelas kitorang yang kitorang balut semalam tertinggal kat atas kelas lagi..
so apa lagi..dengan tergesa-gesa kitorang berempat pegilah mendaki  tangga untuk ambik hadiah tu..

bila turun je tangga tengok-tengok perarakan dah start..
dengan rasa yang confident,bangga dan tak tau malu..kitorang main join je pasukan kompang tu..bajet macam kitorang plak yang main kompang..

bila perarakan habis mulalah acara di perhimpunan..
paling best yang part Cikgu Razak menyanyi lagu hari guru..suara dia tak bleh blaa tol lh..
sampai turun hujan..tapi masa tu tak lebat sangat lagi lah..
bila pengetua start je berucap,hujan pon jadi makin lebat..
paling lawak yang budak-budak form1 sume membentuk satu atap yang bapaklah hodoh guna beg masing-masing..
so Cikgu Razak suruh kitorang pindah pegi dewan..
bila sampai je kat dewan pengetua pon sambung lah balik ucapan dia..
ha..time ni budak SMKTH tunjuk KEHEBATAN MENTAFSIR diorang..
kata-kata manis pengetua yang diorang telah tafsirkan dengan cemerlang nya itu adalah "anak-anak,sabar ye..sekejap lagi kita MAIN SESAMA ye"..kahkah..
satu dewan tergelak..aku pon kompem lah tergelak..agaknya budak form1 je kot yang tak tergelak..

masa ni hujan turun lagi lebat..so,terpaksa lah aktiviti di padang dan pertandingan-pertandingan lain dibatalkan dan diganti kan dengan penyampaian hadiah..
lepas tu kitorang diberi rehat..

ha..time rehat ni lah kitorang pi posing ngan Teacher Suet Li sampai penuh iphone die dengan gamba kitorang..
paling best time rehat ni Cikgu Rogayah macam buang tebiat..dia bagi kitorang makanan free satu sorang..
dan si Azmirul plak pegi bukak puasa bila tengok kitorang makan..iman lemah betullah kawan aku ni kn..

bila habis rehat kitorang dapat tengok persembahan dari kumpulan sayembara sekolah kitorang..
memang sedap lah suara diorang..dan diorang akan wakil kan daerah jelebu ke peringkat negeri..

bila habis persembahan tu kitorang sambung lagi bagi hadiah..
and finally...majlis bersurai..
tapi hujan di luar dewan still belum bersurai..
so aku ngan puput redah je lah hujan tu untuk balik..

Rasanya ni lah hari guru yang paling best..
will miss the moment with Teacher Suet..

Thursday, May 16, 2013

tembam ke??

dia cakap nabila tembam..pastu cakap tembam banyak plak tu..
hampeh betul lah..
sempat lagi dia nak ngutuk aku malam-malam buta ni..
nasib baik tak de depan mata..kalau tak free je dapat penampar aku..
haishh..nanti ye..aku datang membalas dendam..
come on nabila..tabahkan hati untuk touching lelama k..
usaha tangga kejayaan..bye..

Kisah Sebenar(part 1)

Memandang kan sekarang ni nabila sedang dilanda kebosanan.so,nabila nak cite sikit pasal drama yang sedang berlangsung secara live di kelas nabila..haha..
kisahnya bermula apabila Adam(bukan nama sebenar) rajin gila-sila dok borak ngan nabila dan datang tempat nabila kat dalam kelas..ingat kan kenapa..rupenya dia nak usha Hawa(bukan nama sebenar) rupenya..
disebabkan dia ni agak tidak matang sikit lah kan..so nabila ngan amel serta puput pakat sesama lah nak tolong dia..kesian..dah macam orang angau dah..
so,kitorang pon cerita lah kat Hawa yang Adam minat dia..mula-mula Hawa tak caye,tapi lama-lama dia jadi malu-malu kucing lah pulak..mahu tapi malu lah katakan..
lebih kurang dalam seminggu kot,Adam buat keputusan tok bagitau Hawa sendiri yang dia minat Hawa..
so,bermulalah hubungan Kawan tapi Mesra..
mula-mula tu lawak lah jugak sebab Adam macam bajet caring,Hawa pulak pura-pura tak suka..
perempuan kan..lama-lama Hawa pon cairlah ngan Adam..
tapi malangnya si Adam ni dah mula berubah hati..dia dah mula rasa bosan dan give up..
tapi tak tau lah macam mana Adam bleh tau plak yang Hawa dah start melting ngan dia..
memang tengah best lah drama ni skang..lagipun Adam dapat tau 2 hari yang lepas..
dan dia pun macam dah nak start balik rapat ngan Hawa..bapaklah caring time rehat..haha..
tak sabar rasanya nak tunggu ending kawan nabila ni..dah macam drama lah pulak kisah cinta diorang ni..
hope diorang bersatu lah akhir nanti..sebab diorang secocok..dedua muka nerd..kahkah..
pape pon aku doakan korang bahagia ye kawan..

A New Colour


yey..dah tukar warna..tapi malangnya kene ejek pulak sebab kali ni warna pink..
ish..sibuk je memasing nak tengok braces nabila..ingatkan sebab apa,rupenya nak ejek sebab warna pink..
hampeh betul..rase nak bunuh je sorang-sorang..
nasib baik lah nabila ni orang yang baik*perasan*..
tapi yang lagi benci apabila malam menjelma..cehh..
mulalah dia buat perangai..sakit tak tentu pasal..gila..rase macam nak tercabut je gigi nabila ni ha..
sampai nangis-nangis...ye lah..sakit kayh..
huh...cepatlah hilag sakit ni..
amin....

Esok punya cite..

ok..tak sabarnya nak tunggu esok...
tak sabra nak sambut hari guru,tak sabar nak tengok kain rentang yang kami satu kelas buat,tak sabar nak tengok amel jadi MC..
dan tak sabar nak lawan sahibba ngan cikgu zuhaidah..haishh..mati lah aku alamatnya esok..
dah lah lawan ngan c.zuhaidah..
yang paling malangnya esok kene menghadap muka Aizat..err..apelah punya gedik aizat ni..asyik nak carik gaduh je..pantang jumpa ade je lah mulut dia tu nak cari gadoh..tak mulut kompem kaki dia..rase macam nak tumbok lelaju je muka dia tu..
haishh..nasib baik lah kau kawan aku aizat..
tapi yang sebenarnya aizat ni baik orangnya..maklomlah..kelas aliran agama lah katakn..
cuma dia ni suka sangat carik gaduh..tu je yang buat nabila geram.
tapi goal untuk esok ialah kalahkan c.zuhaidah..
fuhh..kene rebus kamus dewan ni..

Ragam kami..

Selamat Hari Guru cikgu..haha..tak sabarnya nak sambut esok..mesti best..
sebab tahun ni kitorang kira dah maju lah sikit...punye lah pemalas nak gi beli hadiah..
so,kitorang sebulat suara satu kelas untuk bagi Hamper je..
tadi lepas habis exam,nabila,amel,puput,yani dan azmirul terus balut hamper..
sebenarnya di sini cuma kaum hawa je yang balut hamper..si azmirul satu-satunya kaum adam yang menyebok masa u cuma tolong gelak..gila..nabila ngan azmirul ni kalau dapat jumpa kompem gelak tak ingat dunia..yang si azmirul ni nak buat Lawak Kitorang tak pandang kiri kanan..
akhirnya kantoi lah yang si azmirul ni gi buat lawak BLUE.ish..sengal punya kawan..
ok2..sambung cite balik..masa balut hadiah tu bapaklah kesian tengok puput sebab dia tengah puasa pastu meleleh air liur tengok hamper tu..sian nye lah kawan aku ni...
tapi yang paling penting bila kitorang balut hamper ni kitorang dapat lari dari kene bebel ngan Cikgu Kamal..
oh shitt..mengapa dan kenapakah dia suka meraban tahap gaban ha..
pelik betul lah..
so akhirnya siap lah kerja kitorang..dan apa lagi..yani pon memekak lah takut kene tinggal bas..
puput pulak pi buat lawak bodoh mase tu..
punya lah obses dia ngan bola..sampai cium-cium surat khabar tentang bola tu ha..pastu mula lah muka dia jadi hitam sebab dakwat surat khabar tu melekat..kahkah..
yang nadia pulak punya riang mase tu nak membebel macam-macam..
amel pulak merungut sebab dia kene balik lambat..maklumlah..pengawas berwibawa lah katakan..
pendek kata semuanya berjalan ngan lancar lah tadi..


Yani Ketot..



Lihatlah betapa sakainya muka kami..kahkah..
tapi yang perlu dititikberatkan disini ialah ketinggian kami..
haha..ni lah budak paling pendek dalam kelas dan budak paling takut tetinggal bas sekolah..
yani..yani..nasib baik comel..
walaupon dia pendek dia tetap kawan nabila...
kami berdua memang expart kalau bab-bab weird face ni..
tak kesah lah kat perhimpunan ke,kat kelas ke,kat kantin ke ataupon di pagar sekolah yang terpaksa beratus tok balik tu,kami tetap tak malu buat weird face..
kesah apa ngan orang nak cakap..janji kami happy dan tak menyusahkan diorang..haha..
ok..tak sabarnya nak pegi sekolah esok..
guess why??
esok nak sambut hari guru lah..


perkhawinan Acu..







finally..berlangsung lah sudah majlis perkhawinan acu..
meriah sungguh dengan ketibaan 'silang pedang' dan kami sekeluarga..
gila tak best..bapaklah best nya..
nabila,baby,along and angah apa lagi..posing tak habis lah..
yang lawak nya pulak si Ayoi..punya lah excited nak jadi pengapit..sampai samping pon lupa nak bawak..tetinggal kat kedah.tak kan lah nak pusing gi ambik kan..so,jalan yang satu-satu nya boleh pakai ialah...jeng..jeng..pinjam samping arwah atok..kahkah..
agaknya disebabkan terlampau excited jadi pengapit,bukannya pengantin yang di kipasnya,tapi diri dia sendiri..
ish..ish..tak de bakat langsung jadi pengapit..kahkah
meriah gila..
tapi yang tak best nya mak suruh nabila gi kutip cawan ngan pinggan kat khemah..
arghh..sungguh tak adil..yang lain dok goyang kaki posing..nabila plak kene kutip cawan ngan pinggan..
tapi..ikut je lah..

Semoga perkhawinan ini berkekalan hingga ke hujung hayat..
aminn....

Stuck..



 time ni Abg wan khawin..err..tetibe je kene tahan pastu org tu tangkap gamba..apa lagi..nabila ni dah lah benci kamera*kata lawan..memang laju je lah..
tapi bila dia dh tangkap gamba nabila,dia suruh nabila buat ucapan tok abg wan pulak..
ye lah..Raja sehari lah katakan..so nabila pon pegi lah kat tempat yang dia suruh tu..
malangnya otak tetibe stuck..tak tau nak tulis apa..
jeng..jeng..cume ada satu je ayat keramat yang muncul mase tu..guess what..
ayat budak darjah satu lah..nabila terus tulis kat situ "selamat pengantin baru abg wan.semoga ceria selalu dan berkekalan hingga ke hujung hayat..smile always bro"..kahkah..ini lah ayat yang muncul mase tu..
pedulik apa..janji ada ucapan kan..
btw,terasa HOT pulak masa tu..kahkah


miss this moment soo much..

kePOYOan teserlah
kami comel..of course lah..semua cucu-cucu Tok Cipoi comel kayh*perasan*..haha..
perasan??biar lah..
yang paling penting kat sini sejak bile pulak lah budak sorang ni lagi tinggi dari nabila..oh my..nyampahnya..nasib baik pakai heel kalau tak agaknya macam langit ngan bumi kot..
miss this moment soo much lah..sekejap je dapat jumpa,pastu masing-masing nak balik dah..maklomlah ,kami pelajar.so,kene balik awak sebab masing-masing nak exam.ibu pulak kene jaga exam..
tapi cer tengok bebetul..nampak dok yang dia tengah cover seseuatu..cover dia punya *e**t..kahkah..
ngan aku pon nak cover..apalah syazwan ni..



dah besar dah Baby Bella ni
fuhh..finally..dapat jugak jumpa baby..setelah hampir 5 bulan kami tak jumpa sebab parents masing-masing busy gila..kenapa nabila panggil BABY?sebab satu family dah panggil dia baby walaupon dah besar panjang my silly brother ni..
haish..dia tetap dan masih manja macam kitowang kecik-kecik dulu..satu pon tak berubah..senyum dia,gelak dia,suara dia..cume satu je yang berubah..jeng..jeng..of course lah perut dia..kahkah..
tapi nampaknya baby dah semakin kurus..maklumlah..dah besar kan..dah pandai nak ada speacial girlfriend..




















Rasa macam tak nak balik je masa ni..masing-masing menyesal dan sedih gila sebab dah terlepas cakap kat parents yg esok ada exam mid year..
haishhh..kalau tak kompem dapat bailk umah atok skali..
masa nak berpisah masing masing tak habis habis nak posing..ye lah dah lama gila kitorang tak jumpa,hanya mampu skype je slalunya..
huh..tak sabarnya nak tunggu cuti sekolah..